RSS

MUKADIMAH...






Assalamualaikum...
Blog ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Sepanjang tempoh masa menghasilkan blog ini, banyak ilmu baru yang dapat saya perolehi. Sebagai seorang bakal pendidikan, penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) dan dapat melaksanakan aktiviti P&P yang lebih interaktif. Menggunakan video, audio dan bahan garfik semasa proses P&P dapat merangsang minat murid- murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, guru perlu bijak merancang aktiviti dan bijak mengaplikasikan penggunaan ICT semasa proses P&P. Saya akan mengaplikasikan ilmu yang telah saya perolehi sepanjang tempoh melaksanakan tugasan projek ini untuk mendidik anak bangsa.
Sekian, terima kasih...

" RAHSIA KEJAYAAN HIDUP ADALAH PERSEDIAAN MANUSIA UNTUK MENYAMBUT KESEMPATAN YANG MENJELMA"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BROSUR




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



TAPAK PEMBELAJARAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH RPH


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Tarikh                         :                      15 April 2010
Masa                          :                      9.30 pagi – 10.00 pagi
Tahun                          :                      1 Cempaka
Bilangan murid           :                     20 0rang
Mata pelajaran          :                      Bahasa Melayu
Tema                         :                        Kebersihan Diri
Tajuk                           :                       Bilik Mandi

Hasil pembelajaran
Pada akhir pelajaran murid dapat :
i.              Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks.
ii.            Mengeja perkataan dengan betul berdasarkan bahan rujukan.
iii.           Mencirikan gambar dengan kegunaannya dengan betul.

Fokus utama :
Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji.
Aras 1 : merujuk kamus bergambar untuk meneliti ejaan daripada perkataan yang didengar.
Fokus sampingan:
Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks.
Aras 1 : menyatakan maksud lambang dan simbol yang diberi bagi sesuatu gambar.

Kemahiran bahasa               : mengeja, memahami dan bertutur.
Sistem bahasa :                       i.  Ejaan
                                                  ii.  sebutan dan intonas
                                                  iii. Kosa kata
pengisian kurikulum              : Ilmu                                        : sains
                                                 :Nilai                                       : kebersihan fizikal dan mental
                                                : Kemahiran berfikir   : mengenal pasti dan mencirikan
                                                : Kemahiran belajar                : mengumpul maklumat.
Kecerdasan pelbagai           : Verbal linguistik
Bahan bantu mengajar         : gambar, LCD, komputer

Langkah / masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set induksi
( 5 minit )
Contoh soalan :
Adakah kamu mengosok gigi pagi tadi?
Berapa kali  dalam sehari kamu megosok gigi?
Berapa kali kamu mandi sehari?
    1. Guru bersoal jawab dengan murid.
       2. Guru menayangkan lirik lagu “ bangun pagi “
     3.    Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut berserta gaya.
BBM
LCD, teks

Nilai
Keberanian

Langkah 1
( 8 minit )
Mengeja:
Berus gigi
Syampu
Tuala                                      
Sabun
Ubat gigi
Baldi
Span  
Gayung

                                    
     1.    Guru  menayangkan 8 gambar alatan membersihakan diri.


      2.    Guru meminta murid menamakan alatan tersebut.
      3.    Guru meminta murid mengeja gambar alatan yang di pamerkan dengan merujuk kamus bergambar.
    4.    Guru menyemak ejaan murid.
BBM
Kamus bergambar, LCD projektor, komputer.

KBKK
Mencirikan
Menjana idea

Nilai
Kegigihan
Keberanian

Langkah 2
( 8 minit )
Menyatakan  kegunaan alatan
Berus gigi
Syampu
Tuala
Sabun
Ubat gigi
Baldi
Span
Gayung

    1.    Guru menayangkan gambar alatan membersihkan diri.
    2.    Guru meminta murid menyatakan secara lisan kegunaan alatan tesebut.
   3.    Guru memberikan latihan kepada murid.
BBM
Lcd projektor, komputer, gambar.

KBKK
Mencirikan
Mengenal pasti fakta

Nilai
Rasional
Kebersihan mental dan fizikal
Langkah 3
( 6 minit )
Rujuk lampiran

   1.    Guru menayangkan lirik lagu “bangun pagi “ kepada murid.
    2.    Guru meminta murid mengisi tempat kosong soalan yang diberikan
   3.    Guru menyemak jawapan bersama- sama murid.
BBM
Teks, lcd projektor

KBKK
Menyusun atur
Menjana idea

Nilai
Rasional
Berdikari

Penutup
( 3 minit )

                                                                
  
 
    
    1.    Guru menyimpulkan isi pelajaran pada hari ini.
   2.    Guru menerapkan nilai- nilai murni kepada murid supaya menjaga kebersihan diri.
Nilai
Kebersihan mental dan fizikal
kerajinan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHAN VIDEO

SENI LUKISAN PASIR


PENCEMARAN ALAM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHAN GRAFIK


GAMBAR BUAH- BUAHAN



GAMBAR KENDERAAN



GAMBAR WARNA



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHAN TEKS


TEKS
Cara –Cara Menjaga Kebersihan Diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHAN SASTERA


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROSA KLASIK

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROSA MODEN

{ KLIK PADA GAMBAR }

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMAHIRAN MENULIS


Langkah perlaksanaan
Langkah 1
Ø  Guru menayangkan gambar poster gotong royong kepada murid – murid.
Ø  Murid diminta untuk menyatakan pendapat mereka tentang amalan bergotong royong di Malaysia.
Tujuan
Ø  Murid dapat memberi pendapat mereka melalui lisan dan tulisan.


Langkah 2
Ø  Guru menayangkan video aktiviti gotong royong.
Ø  Murid diminta menyenaraikan aktiviti- aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa aktiviti gotong royong.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran menulis murid dan kemahiran mengolah idea.
KLIK DIBAWAH


Langkah 3

Ø  Guru berbincang dengan murid tentang isi- isi penting untuk membuat karangan “gotong- royong”.
Ø  Guru memaparkan rangka karangan untuk membantu murid menghasilkan karangan.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran menulis murid- murid.

        

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHAN BIDANG ILMU LAIN

PENDIDIKAN SENI VISUAL


1. SEJARAH SENI VISUAL DI MALAYSIA { KLIK }
2. CARA MEMBUAT KOLAJ 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHAN BIDANG ILMU LAIN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN .


INGIN TAHU TIPS MENJAGA KESIHATAN DIRI?

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR { KLIK}
   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMAHIRAN BERTUTUR

Langkah perlaksanaan
Langkah 1
Ø  Guru menayangkan video pencemaran alam sekitar kepada murid- murid.
Ø  Guru meminta murid- murid menyenaraikan jenis- jenis pencemaran alam sekitar.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran lisan murid- murid melalui komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid.
* VIDEO
    

Langkah 2
Ø  Guru memaparkan teks syarahan “ Kepentingan Menjaga Alam Sekitar”
Ø  Beberapa orang murid diminta untuk membaca teks syarahan tersebut dengan menggunakan sebutan, nada,dan intonasi yang betul.
Tujuan
Ø  Meningkatkan keyakinan murid untuk bertutur dengan menggunakan sebutan,nada dan intonasi yang betul dengan menggunakan teks syarahan sebagai bahan ransangan.
*TEKS [ klik pada URL ]
Langkah 3
Ø  Guru menayangkan gambar pencemaran alam sekitar dan minta murid- murid menyatakan perasaan mereka tentang pencemaran yang  berlaku.
Tujuan
Ø  Meningkatkan keyakinan murid untuk menyatakan pendapat mereka dengan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHAN TATABAHASA

* KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT...
- MEMBACA AMALAM MURNI -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

   * KLIK PADA URL UNTUK MAKLUMAT LANJUT..

http://www.slideshare.net/boncito/aplikasi-garis-panduan-penggunaan-internet

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMAHIRAN MENDENGAR

Langkah perlaksanaan
Langkah 1
Ø  Guru memaparkan video ucapan perayaan kepada murid- murid.
Ø  Guru meminta murid untuk mendengar dengan teliti ucapan tersebut dan meminta murid- murid untuk memberi ucapan perayaan berpandukan bahan ransangan yang diberikan.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran mendengar murid- murid melalui ucapan  dan kemahiran komunikasi melalui ucapan yang disampaikan.
* VIDEO 
   Langkah 2
Ø  Guru memaparkan teks “Sambutan Tahun Baru Cina “dan minta beberapa orang murid membaca teks tersebut.
Ø  Murid diminta untuk menyenaraikan isi- isi penting berdasarkan teks yang dibaca oleh rakan mereka.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran mendengar melalui aktiviti menyenaraikan isi- isi penting teks.
*TEKS [ klik pada URL ]

Langkah 3
Ø  Guru menayangkan gambar tiga perayaan utama kaum di Malaysia.
Ø  Tiga orang murid diminta bercerita tentang hari perayaan yang disambut oleh kaum masing- masing.
Ø  Kemudian murid diminta untuk membuat karangan yang bertajuk “ Sambutan Hari Raya Di Malaysia” berdasarkan cerita oleh rakan mereka.
* GAMBAR [ klik pada URL ]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMAHIRAN MEMBACA

Langkah perlaksanaan
Langkah 1
Ø  Guru menayangkan gambar- gambar alatan membersihkan diri kepada murid- murid.
Ø  Murid- murid diminta untuk mengeja nama- nama alatan yang ditayangkan.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran membaca melalui gambar yang ditayangkan sebagai bahan ransangan.
* GAMBAR [ klik pada URL ]

Langkah 2
Ø  Guru menayangkan video kepada murid- murid.
Ø  Murid- murid menyanyi bersama- sama berpandukan video yang ditayangkan.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran membaca murid melalui nyayian menggunakan  bahan video.
* VIDEO 

 
Langkah 3
Ø  Guru menayangkan teks “ Cara Menjaga Kebersihan Diri” .
Ø  Beberapa orang murid diminta untuk membaca teks berkenaan.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran membaca melaui teks sebagai bahan ransangan 
   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS